This post is also available in: 日本語 English Indonesia

Tendon Itsuki Ginza merupakan salah satu restoran yang dikenali ramai lebih-lebih lagi di kalangan Muslim sejak mereka memulakan servis makanan Halal dua tahun lalu. Restoran ini terletak berhampiran Stesen JR Yurakucho, hanya 2 minit sahaja berjalan kaki.

Ginza merupakan satu kawasan yang dipenuhi dengan bangunan jenama-jenama mewah. Tetapi disebalik kawasan itu, terdapat sebuah restoran ‘Tendon Itsuki’ yang terkenal dengan ‘Prestasi Kos’ yang membawa maksud prestasi yang bagus dalam mengekalkan atau merendahkan kos untuk harga setiap unit.

Mereka menawarkan harga yang luar biasa untuk Tendon, dengan hanya 1000 Yen.

Pada kali ini, mereka menampilkan santapan baru yang agak cukup mewah dengan harga yang berpatutan.

Reka bentuk dalaman restoran ini agak kecil kerana ia cuma mempunyai kaunter yang kecil, tetapi ini merupakan peluang untuk anda melihat cara tukang masak memasak di hadapan anda.

Empat udang galah?! Menu yang wajib anda cuba ‘Great Prawn Tendon’

Menu ini sangat digemari oleh para Muslim.

・4 Udang galah

・2 Ayam

・Telur rebus

・4 Sayur

Bayangkan dengan jumlah yang banyak seperti ini, ianya cuma berharga 1350Yen!

Udang merupakan sesuatu jenis bahan yang mewah di dalam kategori ‘makanan laut’, oleh itu ini amat mengejutkan kerana  menu ini mengandungi bukan satu, malah empat udang galah dan harganya hanya 1350Yen.

Terdapat banyak restoran-restoran mewah lain dimana tukang masak memasak di hadapan anda, tetapi tidak ada restoran lain yang menawarkan anda dengan harga yang seperti ini, dan ianya Halal!

Mahukan rasa yang lebih mewah? “Extremely toppings Tendon” disyorkan buat anda.

・Ikan buntal

・Ketam

・Belut lau

・Udang

・Tiram

・Ayam

・Telur rebus

・Sayur

Tendon ini boleh didapatkan dengan harga yang berpatutan iaitu 2200 Yen termasuk bahan-bahan yang berkualiti tinggi seperti ikan buntal, ketam dan juga belut laut.

Mungkin ramai orang Muslim yang tidak tahu berkenaan ikan buntal, oleh itu ikan ini sangat disyorkan untuk mereka yang ingin menikmati hidangan mewah seperti yang selalu menjadi santapan orang Jepun.

Miso sup, acar, dan mochi kukus juga ada!

Sup miso, acar, dan mochi kukus juga terdapat di dalam set menu.

(untuk acar, ia adalah all-you-can-eat!)

Pencuci mulut juga sangat menyelerakan!

Daifuku ini enak dimakan selepas anda makan Tendon.

Terdapat 4 rasa, strawberry, green tea, mango dan cafe au lait.

Terdapat juga perkhidmatan yang berfaedah dengan memuat turun aplikasi!

Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi ini ketika anda melawat Tendon Itsuki!

(Nama aplikasi: Ramen Keisuke)

Untuk pengguna iOS  Muat turun di sini

Untuk pengguna Android  Muat turun di sini

Ia adalah sistem di mana anda perlu mengumpul setem, dan setiap kali anda mengumpul setem, anda boleh menerima salah satu daripada perkhidmatan “One Daifuku Ice Free / hidangan nasi bersaiz besar / Oolong teh atau Orange Juice Free”!

Di samping itu, jika anda mengumpul sehingga 10 setem, anda akan diberikan hadiah percuma iaitu Tendon atau Tendon sayur!

Menarik bukan?

Kalau anda berada di Ginza, jangan lupa untuk melawat Itsuki Tendon!

Alamat
Ginza-INZ 2F, 3-1, Ginza-nishi, Chuo-ku, Tokyo 104-0061
Waktu Perniagaan
Waktu makan tengah hari     11:00~15:30(LO:15:00)
Waktu makan malam 17:30~23:15(LO:22:00)
Nombor Telefon
03-6263-2988
Halal Gourmet Japan
https://www.halalgourmet.jp/restaurant/398760