This post is also available in: 日本語 English Indonesia
UNIX Salon & Spa Mula Menyediakan Servis Untuk Para Muslimah!
Ia adalah kewajipan untuk setiap perempuan Muslim yang dikenali sebagai Muslimah untuk tutup rambut mereka dari pandangan ajnabi (lelaki selain daripada keluarga) ketika berada di luar.
Disebabkan itu, ia sangat sukar buat kami untuk dapatkan servis gunting rambut di Jepun.
Ramai di antara kami, muslimah, sanggup pulang ke negara kami sendiri atau meminta seseorang dalam kalangan keluarga untuk dapatkan khidmat mereka untuk gunting rambut kami. Hanya kerana tidak mahu rambut kami dilihat oleh petugas lelaki atau pelanggan lelaki di salon.
Tapi anda tidak perlu risau, kerana saya ada berita baik untuk anda semua.
UNIX Salon & Spa berdekatan Stesen Omiya terletak di Wilayah Saitama telah mula menyediakan servis untuk para Muslimah!
Terletak di hadapan Stesen Omiya!
Salon & Spa ini berada di tingkat 6 di dalam bangunan ARCHE.
Para petugas menjemput saya dengan senyuman yang membuatkan saya lebih selesa berada di sini.
Setelah dijemput ke dalam, petugas perempuan membawa saya ke bilik khas untuk Muslimah.
Bilik Khas untuk Muslimah!
Secara jujurnya, saya amat kagum dengan kemudahan yang mereka sediakan. Langsir yang tidak jarang yang menutupi seluruh ruang bilik khas ini akan menumbuhkan rasa lega buat kita sebagai muslimah.
Pengalaman gunting rambut!
Setiap produk yang digunakan di salon ini adalah bebas dari penggunaan alkohol.
Setelah 6 bulan tidak gunting rambut, pengalaman di UNIX kali ini sangat berharga buat saya.
Selain daripada servis gunting rambut, mereka juga menyediakan servis perm rambut dan warna rambut.
Harga
Gunting, Syampu, Styling ¥7000
Perm, Gunting, Syampu, Styling ¥16000
Rebonding, Gunting, Syampu, Styling ¥23000
Warna, Gunting, Syampu, Styling ¥16000
Treatment ¥5000+
*Sila lihat sini untuk butiran secara terperinci*
Pengalaman Head Spa yang Pertama !
Selain daripada gunting rambut, anda juga boleh dapatkan servis ‘Head Spa’.
*Krim yang digunakan semuanya adalah alkohol-free dan animal-free
Sebelum rawatan head spa, anda boleh memilih aroma kegemaran anda.
Tanpa anda sedari, anda akan tertidur kerana skil urut petugas salon ini sangat bagus.
Harga
Head Spa(Syampu & Styling) ¥7000
Rawatan muka ¥7000
Ruang Solat!
UNIX salon juga menyediakan ruangan solat!
Oleh itu, anda boleh tunaikan solat fardhu seperti biasa sama ada sebelum atau selepas dapatkan servis di salon ini.
Bukan sahaja petugas perempuan yang berkhidmat, tetapi sampaikan ruangan solat disediakan.
Kemudahan yang disediakan ini pastinya melahirkan rasa tenang kepada anda.
Cara membuat tempahan
Anda boleh hubungi nombor ini untuk membuat tempahan : 048-631-0005.
Tempahan melalui WEB : http://www.unix.co.jp/UNIXPub/Auth/Login
Nombor telefon | 048-631-0005 |
---|---|
Alamat | Saitama Prefecture Omiya-ku, Sakuragicho 2-1-1, Omiya ARCHE Building 6F |
Waktu berniaga | 10:00~19:00 |
Waktu cuti | Dibuka sepanjang tahun (bergantung kepada ARCHE) |
WEB | http://www.unix.co.jp/salon/17_arche |