This post is also available in: 日本語 English Indonesia العربية

Halal Kobe Beef Nagomi Menyediakan Juadah Berbuka Puasa Untuk Pelajar Tadika Syria pada Bulan Ramadhan!

Halal Kobe Beef Nagomi adalah restoran pertama dan satu-satunya di dunia yang khusus dalam mengendalikan Halal Kobe Beef yang terletak di Osaka. Pemilik restoran, Encik Nakatani, pernah menetap dan bekerja di Kuwait, kemudian menguruskan restorannya sendiri untuk meyediakan hidangan dan tempat makan yang baik serta ruangan solat buat para Muslim. Restoran itu telah memperoleh pensijilan halal dan fasiliti ruang wudhu, ruang solat, dan juga pakaian untuk solat.

Halal Kobe Beef Nagomi adalah milik Encik Nakatani dan keluarga yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan mereka tidak menyediakan minuman beralkohol sama sekali. Oleh itu, ia nya amat selesa untuk dikunjungi oleh keluarga bersama anak-anak.

Dengan piawaian pensijilan halal yang ketat, hanya 3 ekor lembu yang diperakui sebagai daging lembu Kobe Halal pada tahun 2018 dan ramai umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi restoran ini untuk menikmati daging lembu yang sangat terhad ini. Restoran ini juga dilengkapi dengan dinding yang dipenuhi dengan gambar-gambar pelanggan.

Untuk  memberi peluang pendidikan yang sama seperti anak perempuannya, dan juga menghargai setiap pelanggan yang pernah mengunjungi, Halal Kobe Beef Nagomi telah  menyediakan juadah berbuka  puasa untuk pelajar tadika di Syria semasa bulan Ramadhan.

Artikel berkaitan

Halal Kobe Beef Nagomi Serves New Menus without Reservation!

HALAL KOBE BEEF NAGOMI

Alamat
2-12-21, Nippombashi, Chuo-ku Osaka-shi, Osaka
BUKA
Weekday 12:00-14:00, 17:00-22:00 (L.O. 21:00)
TUTUP
Sat, Sun
TEL
06-6606-9278
Laman Web
https://www.halalnagomi.com
Halal Gourmet Japan
https://www.halalgourmet.jp/restaurant/743026

Amal Jariah di Bulan Ramadhan!

Halal Kobe Beef Nagomi akan ditutup ketika bulan Ramadhan dan menganjurkan acara  “The Unscreened Photo Exhibition – Listening to Syria’s Voice” daripada 9hb Mei hingga 16hb Mei  (tutup pada 11hb) untuk menyokong pendidikan di Syria, sebuah negara di Timur Tengah yang sering dibicarakan mengenai perang, pelarian dan lain-lain, untuk membuka mata tentang kehidupan seharian rakyat Syria yang tidak dipaparkan di dalam berita. Melalui pameran foto ini, ia akan menyampaikan suara-suara rakyat Syria.

Kemasukan adalah percuma dan pelawat  bukan Islam yang tidak berpuasa akan diberikan air dan gula-gula daripada Timur Tengah!

Pada 12hb (Ahad) dan 13hb (Isnin), Encik Onimaru yang pakar dalam budaya Timur Tengah, akan memberikan ceramah sambil menikmati kopi Arab (tempahan diperlukan).

【Gallery Talk】
12hb (Ahad)  13: 00-14: 15   Onimaru / Nakano Cross Talk (bersama kopi Arab, charge, tempahan diperlukan)
13hb(Isnin)  19: 00-21: 00  Onimaru / Nakano Cross Talk (bersama kopi Arab, charge, tempahan diperlukan)
14hb (Selasa)  19:15-20:30  Sesi Kajian Pelarian  “Rakyat Syria sebagai Pelarian” (yang membuat tempahan akan diberi keutamaan)
15hb (Rabu)  19:15-20:30  Laporan Kegiatan di Syria -Sebelum dan selepas di Syria (yang membuat tempahan akan diberi keutamaan)

【Organisasi Hos】Piece of Syria
http://piece-of-syria.org
https://www.facebook.com/piece.of.syria/