This post is also available in: English

HOURYU1

Written by Razi san

Kami melawat ke Hokkaido, pulau paling utara Jepun beberapa bulan lepas semasa musim luruh baru mula nampak warnanya.
Makanan Halal agak susah nak dapat di Hokkaido berbanding Tokyo, jadi kami cuba sedaya upaya mencari dan mencuba sebanyak makanan halal yang boleh di situ.

Dari macam-macam makanan yang kami cuba, restoran Houryu Ramen di Sapporo adalah yang paling menonjol dalam ingatan kami.
Restorannya agak jauh dari stesen yang paling dekat. Tapi boleh dikatakan semua jalan di sini lebar dan luas membuatkan semua destinasi terasa jauh untuk berjalan.

Bila kami akhirnya sampai ke restoran Ramen yang serba sederhana tu, perut kami masing-masing dah mengaum-ngaum minta diisi. Kami minta menu halal dan diberikan menu ‘simple’ yang cuma ada 3 pilihan Ramen. Dan yang lebih mengecewakan adalah semuanya adalah miso Ramen.

Kami ni memang bukan peminat setia miso ramen dan kalau kami diberitahu kedai ni cuma hidangkan miso ramen mungkin kami takkan bersusah-payah jalan ke sini. Dalam minda kami, kami dah sediakan jiwa dan raga untuk keluar dari restoran ni dalam keadaan kecewa. Disebabkan dah lapar sangat kami dengan berat hati order juga dua jenis Ramen iaitu Genghis Khan Miso Ramen dan Spicy Miso Ramen. Harap-harap sekurang-kurangnya ada satu ramen yang ada selera untuk kami makan.

Bila Ramen kami akhirnya sampai dan kami menyuap sudu sup pertama, segala tanggapan kami ternyata jauh panggang dari api. Ramen ni memang teramat sangat sedap! Macam mana Miso Ramen boleh rasa sedap macam ni?? dalam otak saya berfikir.

Dan yang paling sedap adalah Genghis Khan Ramen. Rasa dia mendalam penuh dengan umpph dari daging kambing dan rasa ‘Japanese flavour’ seperti seaweed dan mushroom.

Saya tak pernah rasa ramen sesedap ni selama saya duduk di Jepun sehinggakan bila dah habis saya tak ada pilihan melainkan terpaksa order satu lagi Genghis Khan Ramen! Kalau la saya boleh dapat Ramen macam ni di Tokyo, paling kurang agaknya sekali seminggu mesti saya makan ni.

Satu perkara penting untuk saya tonjolkan, Ramen Hokkaido ni penuh dengan kelazatan dari rasa berlemak. Memang sangat sesuai dengan cuaca Hokkaido yang biasanya sangat sejuk. Mungkin kesan yang sama tak kan dapat kalau makan Ramen ni di Tokyo pada musim panas.

Perkara kedua saya perlu bagitau, kedai ni bukan restoran 100% halal. Ada menu yang tak halal dihidangkan juga pada pelanggan. Dari apa yang kami baca dari Halal Media Japan, pekerjanya menggunakan perkakas yang berasingan untuk sediakan makanan halal.

Dan dari pemerhatian kami pun, pekerjanya menggunakan sarung tangan (gloves) untuk sediakan makanan kami. Jadi bagi kami insyaAllah restoran ni selamat untuk datang. Tapi kalau anda masih kurang selesa dengan situasi ni, ada baiknya anda tak melawat restoran ni.

Kalau anda bakal melawat Sapporo dan Hokkaido dalam masa terdekat ni, insyaAllah tak rugi anda cuba restoren Houryu Ramen ni. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang lagi rasa Genghis Khan Ramen smile emoticon

Razi

Razi

SAPPORO MAP FOR MUSLIM
https://www.halalmedia.jp/archives/5651/we-made-sapporo-map-for-muslim/

Tel
011-511-0403
OPEN
Mon:18:30~3:00 Thu~Sat:10:30~3:00 Sun:10:30~2:00
Address
Minami6-jonishi 3choume, Chuo-ku Sapporo-shi, Hokkaido
Halal Gourmet Japan
https://www.halalgourmet.jp/restaurant/614

HOURYU2 HOURYU3 HOURYU4